Tuesday, March 19, 2019

SIMPULAN BAHASA
Apakah simpulan bahasa? Simpulan bahasa ialah ungkapan yang kebiasaannya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut.
 
Simpulan bahasa adalah salah satu kelompok peribahasa Melayu dalam bentuk mudah. Kebiasaannya, simpulan bahasa membawa maksud mudah dan tepat.

Simpulan bahasa juga digambarkan oleh masyarakat Melayu dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkah laku, perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan seharian.


SIMPULAN BAHASA (ANGGOTA BADAN)


MARI BELAJAR!


Murai

Tempayan














Mulut

Harimau






Buaya












1. Mulut murai
-Orang yang suka bercakap atau suka membuat bising
Contoh ayat: Minah digelar seperti mulut murai kerana dia suka bercakap di dalam kelas






 2. Mulut tempayan
-Orang yang tidak pandai menyimpan rahsia
Contoh ayat:Abu digelar mulut tempayan kerana sifatnya yang suka membocorkan rahsia rakan-rakannya kepada orang lain.



  
3.Mulut buaya
-ucapan yang belum tentu kebenarannya 
Contoh ayat: Berita itu bersifat mulut buaya apabila belum ada bukti yang mengesahkan kejadian itu berlaku

4. Mulut harimau
-bahaya besar atau kesukaran besar
Contoh ayat: mereka berdepan mulut harimau dalam usaha menyelamatkan diri dari sesat di dalam hutan.




Lintah

Telinga



Tempayan



Kuali
1. Telingan lintah
-mempunyai pendengaran yang yang baik dan tajam.
Contoh ayat: Amin seorang telinga lintah apabila sering kali mendengar perbualan 

2. Telinga tempayan
-seorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata 
Contoh ayat: Budak yang telinga tempayan itu tidak mengendahkan nasihat ibu dan bapanya.


3. Telinga nipis
-cepat marah 
Contoh ayat: Murid-murid tahun 4 di sekolah itu sangat patuh akan arahan guru kelas mereka kerana guru itu seorang yang telinga nipis.

4. Telinga kuali
-orang yang tahan hati walaupun dimaki dan dimarahi oleh orang lain
Contoh ayat: Azizah memang telinga kuali kerana dia masih mampu tersenyum semasa dimarahi oleh bapanya.





Belang



Tinggi












Hidung







Panjang



1. Hidung belang
-lelaki yang suka menggangu dan menggoda perempuan
 Contoh ayat: Lelaki yang hidung belang itu diberi amaran oleh penduduk kampung itu supaya tidak menggangu anak-anak gadis di kampung mereka.

2. Hidung tinggi
-seorang yang sombong dan bermegah diri
Contohnya: Sifat Afifah yang hidung tinggi itu tidak disukai oleh rakan-rakan di sekolahnya
  walaupun Afifah seorang pelajar yang pintar.

3. Hidung panjang
- mendapat malu
Contoh ayat: Azim berasa hidung panjang apabila terjatuh di khalayak ramai semasa majlis perkahwinan akaknya.







Papan
Masam

















Muka








Tembok


Manis

Tebal

1. Muka papan
- tidak tahu malu 
Contoh ayat: Ishak muka papan apabila sering meminta duit daripada isterinya.

2. Muka masam
-tidak gembira dan mempunyai masalah
Contoh ayat: Halim muka masam kerana tugasan kerja sekolahnya belum siap.

3. Muka tembok
-seorang yang tidak mempunyai perasaan malu
Contoh ayat: Lina seorang yang muka tembok kerana sering meminta-minta barang orang lain tanpa rasa malu walaupun dia tahu orang itu tidak suka akan kelakuannya.

4. Muka manis
-lemah lembut dan baik tutur katanya
Contoh ayat: Sifatnya yang muka manis telah menarik ramai orang untuk brkawan dengan di sekolah.
 
5. Muka tebal
 -seorang yang tidak mempunyai perasaan malu
Contoh ayat: Hafiz seorang yang muka tebal apabila tidak segan silu berucap di khalayak ramai di dalam dewan.






Panas
Kosong












Tangan

Kanan

Panjang











1. Tangan panas
-selalu sahaja gagal dalam setiap usaha atau kerja yang dilakukannya
Contoh ayat: Rashid selalu tangan panas apabila dia gagal dalam percubaanya mencari pekerjaan di ibu kota.

2. Tangan kosong
- tidak memperoleh sebarang hasil
Contoh ayat: Pasukan bola sepak itu pulang dengan tangan kosong apabila gagal meraih sebarang kemenangan di kejohanan Bola Sepak  Daerah.

3. Tangan panjang
-perbuatan suka mencuri
Contoh Ayat: Perbuatan Alya yang tangan panjang tidak disukai oleh kawan-kawannya di sekolah.

4. Tangan terbuka
-sukacita menerima sesuatu
-murah hati
Contoh ayat: Rahim bersifat tangan terbuka apabila menerima kehadiran kawan baharu yang berpindah ke sekolahnya.


5. Tangan kanan
 -pembantu utama kepada ketua dan orang yang dipercayai oleh ketua
Contoh ayat: Harun selalu menjadi tangan kanan majikannya dalam menguruskan syarikat tersebut.



Ayam

Bangku














Kaki




Buli


Botol
Gunung

1. Kaki bangku
-orang yang tidak pandai bermain bola
  Contoh ayat: Amin hanya duduk di tepi padang sahaja kerana dia seorang kaki bangku.

2. Kaki ayam
-tidak memakai alas kaki atau kasut
Contoh ayat: Adik pergi keluar rumah dengan kaki ayam sahaja kerana dia merajuk dimarahi oleh emak.

3. Kaki buli
-orang yang suka membuli
Contoh ayat: Rafi seorang yang ditakuti di sekolah kerana dia merupakan seorang kaki buli.

4. Kaki gunung
 -suka mendaki gunung
Contoh ayat: Yazid seorang kaki gunung kerana pada setiap hujung minggu dia akan pergi mendaki gunung.

5. Kaki botol 
-orang yang gemar minum arak 
Contoh ayat: Pak Atan seorang kaki botol kerana dia sering mabuk pulang ke rumah pada waktu awal pagi.


21 comments: